Tuesday, 5 November 2013

ALLAH is the best of PLANNER

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Entri ni saya post memang khas untuk awak, YES UNTUK AWAK!!

Semua diantara kita tahu dan sedar bahawa Allah merupakan penguasa alam dan tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menandinginya kekuasaan-NYA. Aku sedar akan kebenaran itu, dan aku tahu aku tidak dapat menyangkalnya.

Hadirnya tanpa diundang perginya jua tanpa paksaan. Aku tahu bukan kita yang merancang pertemuan ini dan aku sedar bukan kita juga yang meminta perpisahan. Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan, cuma yang membezakan sama ada cepat atau lambat sahaja.

AWAK... jujur saya katakan bahawa saya sangat selesa berteman dengan awak, walaupun pada awalnya saya kurang selesa dengan sikap awak yang terlalu "loya buruk" tu. Tapi kenapalah terlalu awal awak menghilang. Silap saya ke? atau awak yang kurang selesa dengan saya? hmm mungkin memang saya yang salah kot, if saya punca awak menghilang "I'M REALLY REALLY SORRY"

Awak pernah cakap, kita akan tetap jadi kawan sampailah antara kita berkahwin nanti, tapi belum sempat lagi semua tu jadi awak dah pun minta saya lupakan awak. Hmmm sebenarnya saya tak tahu pun apa masalah antara kita sampaikan awak berubah jadi orang lain lepas je awak tahu saya dah berbaik dengan si dia. Sedangkan dari awal awak yang selalu pesan, "kita kawan, kita kawan".

But now, kenapa awak yang berubah? why?

Mungkin juga memang dah tertulis perkenalan kita "hanya satu persinggahan" kot.
Mungkin juga suatu hari nanti kita dapat jumpa balik, siapa tahu kan?
Semua tu urusan ALLAH...

Apa yang mampu saya buat hanyalah doakan yang terbaik untuk kawan-kawan saya.
Saya harap pertemuan kita bukanlah satu mimpi ngeri buat awak.
Andai tanpa sedar saya telah menyakiti hati awak, seribu maaf saya pohonkan dengan sepenuh hati ini. Halalkan apa yang termakan, terminum dan terpakai ye??

 
- kerana terluka-

Wednesday, 16 October 2013

SAYANG vs SUKA

Assalamualaikum 

Terasa sangat lama aku tak berkongsi kisah yang terjadi dalam hidup aku ni dengan korang semua..hahaaa
Actually, dari bulan 7-10 ni macam2 yang berlaku. Ada sedih ada juga yg gembira, korang nak tahu yg mana dulu? Of course la yg sedih dulu aku nak share kan...

jeng jeng jeng.... haa suspen tak? LOL

Yang sedihnya raya tahun ni aku tak dapat nak sambut sama-sama dgn GULA HATI aku si Zul tu. Tahu kenapa? Actually aku pun tak tahu apa punca dia tiba-tiba menghilang dan senyap tanpa khabar berita. Sebenarnya masa puasa tu kiteorang baik je. Entah kenapa dlm lebih kurang 5hari lagi nak raya tu dia tiba-tiba senyap, lost contact... 

Dia buat aku tertanya-tanya apa salah aku? apa aku dah buat?
Nak dijadikan cerita, pagi raya tu betul2 takbir raya tengah berkumandang aku pun dapat sms dari dia. Hati dah mula happy ni tengok nama dia keluar kat fon. tapi isinya...hampa..... " saya rasa lebih baik kita jadi kawan, daripada saya sakit hati dan terus sakitkan hati awak "

Tergamam seketika, cuba kawal emosi daripada terus terganggu dipagi raya tu. Dipendekkan cerita, bermacam2 cara aku buat untuk pulihkan hubungan kami. Aku cuba cari dia untuk dapatkan penjelasan atas apa yg terjadi, tapi dia seolah-olah main lari2.

Sampai satu tahap aku betul2 nekad untuk berhenti kejar dia. Start dari tu lah aku belajar berkawan dengan lelaki lain. Hanya sekadar berkawan sebab aku tahu aku takkan boleh secepat itu mencari pengganti dia. Aku adalah kenal sorang mamat ni, aku pun tak tahu apa nama penuh dia. Yang aku tahu nama dia "Fazlee" umur 24tahun dan kerja di Bank Islam. Aku kenal dia pun dekat proton tempat aku praktikal ni juga.

Kami berkawan dan mula kenal hati budi masing2, pada aku dia ok, baik dan pandai "loya buruk". Kadang-kadang tu memang sakit jiwa layan kerenah dia, tapi telatah dia tu lah yang buat aku mula ceria. Kalau tak kerja aku menangis je. Makin lama kami makin rapat, sampailah satu tahap aku mempunyai perasaan SUKA terhadap dia.

Aku cuba untuk berterus terang tapi sikap dia seolah-olah main " tarik tali " dengan aku. Aku pun cuba untuk berkias, dan aku yakin dia paham apa yang cuba aku maksudkan. Sampaikan dia cakap " awak kan muda lagi,so awak carilah yg sama-sama muda macam awk ". Mungkin pada dia apa yang dia cakap tu hanya sekadar gurauan, tapi ayat dia tu lah yg buatkan niat aku tu terbantut.

So, mulai saat tu aku dh decide yang aku akan tetap berkawan dan takkan lebih dari itu. Tapi sayang, tempoh perkenalan kami yg awalnya mesra penuh dengan gurau senda berubah jadi dingin bila Zul yang dh hampir 2bulan menghilang muncul balik tiba-tiba.

Aku memang tak dapat nak nafikan yang hati aku memang masih SAYANGkan dia sorang je. So, dengan mudahnya aku terima dia balik. Kiteorang mula rapat balik macam dulu, dan aku cerita semua tentang Fazlee dekat dia. Tujuan aku agar dia faham status aku dengan Fazlee yg sebenar.

 Fazlee kerap juga whatsapp2 aku, tapi bagi menjaga hati Zul aku abaikan je semua whatsapp dia, mesej dia and call dia. Jujur memang terasa diri aku ni kejam, tapi macam mana lagi aku nak buat? serba salah dibuatnya.

Kalaulah korang yg ada kat tempat aku, apa yang korang akan buat ye? Aku dah pun text si Fazlee dan terangkan semua yang terjadi, tak lupa juga aku dah pun minta maaf atas apa yg jadi. Tapi masih tetap rasa bersalah.. Walau apapun terjadi aku takkan pernah lupa jasa2 dia, SAHABAT UNTUK SELAMANYA ye Fazlee? Dan untuk Zul, mohon SETIA HUJUNG NYAWA ok?

Serius memang sgt2 susah bila berhadapan dengan situasi yg macam ni, sesungguhnya SUKA tidak akan dapat menandingi SAYANG right????

sekian,wassalam

Saturday, 20 July 2013

Kalau boleh aku nak....

Assalamualaikum

Salam ramadhan buat semua umat islam, pejam celik pejam celik dah 10hari kita berpuasa kan? Kejapnya masa berlalu. Tak lama lagi dah nak raya, tapi macam ada yang kurang je nak sambut raya tahun ni. Tapi apa dia ek yang kurang tu?? 

Kalau aku diberi peluang untuk buat beberapa permintaan..

 1. Aku nak sangat tengok mak dengan abah bersatu macam dulu, sebabnya aku rindu gila nak sambut raya sama-sama mcm 5tahun yang lepas. Tolong mak dengan abah menganyam ketupat malam-malam raya tu, then teman mak rebus ketupat sampai 2.3 pagi tak tidur. YA ALLAH rindunya saat-saat bahagia macam tu.

2. Aku nak semua adik beradik aku berkumpul macam dulu, bergurau senda sama-sama, keluar pergi piknik sama-sama, gelak sakan sama-sama. Bila time cuti je,decide pergi berkelah 1 family, gila seronok.

3. Aku teringin sangat dapat video yang sweet-sweet gitu darp someone, tak kisah lah dari kawan ke, boyfriend ke, family ke, ex ke, jiran ke, tok imam ke, ketua kampung ke.. senang kata siapa-siapa jela. Yang penting video tu sweet and aku boleh tersenyum lebak sampai ke telinga time tengok video tu, hahahaa

4. Aku nak sangat dapat kulit muka yang bersih, putih cun melecun macam Nora Danish tu, boleh tak agak-agak? LOL

5. Aku nak sangat bergelar seorang isteri sebelum umur aku mencecah 25, dan berharap dalam usia 26 tahun aku dah pun mempunyai cahaya mata, amin. Mudah-mudahan termakbul

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak, tapi kalau aku pulun habis menaip kat sini, gamaknya memang patak riuk lah jari jemari aku yang mulus ni ye dak?? choiii hahahaaa...

Saturday, 29 June 2013

for YOU.....


Actually video ni aku dah buat time 4/6 hari tu, cuma baru sekarang ada kesempatan nk post..hehee
this is for you sayang.. enjoy it!!


ada sedikit TYPO but nevermine
Hope u'r happy n always smiling when u watch this video dear :)
Alhamdulillah diatas pertemuan ini
Semoga JODOH itu milik kita, In Shaa Allah



permainan apakah ini?

Mengapa dan kenapakah manusia sekarang sangat mudah bermain dengan kata-kata? Ucapan SAYANG seringkali dijadikan alat mainan.
Adilkah semua ini bagi insan yang benar-benar menghayati erti SAYANG itu??
Puas aku cuba untuk memahami mengapa hal sedemikian terjadi, namun masih belum kelihatan.

Sana SAYANG sini  juga SAYANG.. hati yang mana tidak akan terluka seandainya mereka sedar bahawa hatinya sedang dipermain???

Sedarkah awak,awak dan awak diluar sana akan erti sebenarnya ucapan SAYANG, tidak bukan???
Aku bukan jenis yang suka mengungkap SAYANG tanpa makna sebenarnya, sekali ucapan SAYANG itu terpacul keluar dari mulut ini, itu bererti aku benar-benar SAYANG

SAYANG yang aku maksudkan bukanlah untuk hari ini,esok atau kelmarin. Tapi ianya adalah untuk selama-lamanya!! 
Aku juga tidak pernah menagih kasih dari orang yang tidak pandaai untuk menhargai hati dan diri ini.
Aku pernah merasa berada di puncak cinta teragung yang kononnya hanya ada aku dan dia. Namun semua itu tidak bertahan lama dan tidak seindah mimpi yang dibayangi. Kau pergi tanpa rasa simpati, tanpa sedikit pun menoleh kebelakang. Semakin aku kejar cinta itu,semakin aku rasa diperbodoh. 

Jika benar dia pilihan kau, aku pasrah akan kehendakmu. Namun jangan sesekali kau cuba untuk mendapatkan hati ini kembali. Kerna sesungguhnya hati ini sangat-sangat terluka. Aku yakin kau akan lebih bahagia dengan pilihan kau.

Kenangan yang pernah kita coretkan bersama dulu, timbuskan saja ianya sebangai awan mendung semalam dan gantikannya dengan matahari terang yang memancar pada hari ini.

Aku belajar untuk menerima Qada dan Qadar dariNYA, perlahan-lahan aku cuba melupakan. Dan pada saat aku sangat-sangat memerlukan dorongan, Hadirnya dia menjadi teman mendengar,berkongsi cerita, tawa dan duka bersama. Sesungguhnya aku berharap inilah yang terakhir.

Sungguh indah takdir MU ya ALLAH...!!

Friday, 28 June 2013

IKHTIAR DAN TAWAKAL :)

Assalamualaikum semua (",)


Actually dah terlalu lama aku tak berceloteh kat blogger ni kan? Seingat aku last aku post entri last week,tu pon on kat tempat keje,yang sempat pon post lirik lagu je. Tak sempat nak membebel-bebel,bukan ape takut HQ dapat detect..hahaaa

         Lagi pun sekarang ni aku dah start sibuk sikit semenjak parktikal ni kan, thats why la masa tu terhad sikit. Hari ni aku free sebab aku just kerja 5 hari dalm seminggu ( isnin-jumaat ). Hujung2 minggu ni biasa la kan duduk je kat rumah, nak merayap pon Zul kerja cuti tak sama dgn aku..ermm so sad :'(

         Yang sebenar-benarnya aku nak cakap muka aku sekarang dah makin teruk,sebab tu la aku malas nk keluar jalan sangat..huhuuu... Actually kan, aku ade try satu product skincare ni tau. Nama dia MOZARINA NEWSKIN (MNS), mesti tak pernah dengar kan? Sebenarnya aku pon tak pernah dgr n tak pernah tahu pasal product ni sampai la satu masa tu aku terpandang kat instagram aku. Lama juga aku usha product ni, nk try beli duit belom brape ade, sebab mahal kot product ni. Trial set jek dah rm180, so aku usha-usha lah dulu. Ramai juga dia upload gmbar testimoni2 yang berjaya.

         Makin lama aku tengok makin berminat pula aku nak try, nak dijadikan cerita PTPTN pula masuk awal sem ni, haa ape lagi aku terus deal dgn sis tu. Aku bank in kat rm180 tu hari sabtu last week after aku habis kerja. Then hari selasa petang tu baru sampai kat tempat kerja aku. Balik je kerja,mandi2 aku terus apply set MNS ni, maklumlah tak menyabor-nyabor dah :)

         Masuk hari ni dah lebih kurang 4hari la aku apply set MNS ni, so far still belom nampak kesan yang gempak but aku nampak lah juga perbezaan kulit aku before n after aku apply MNS ni. Orang tu cakap paling lama pun MNS akan take time till 3week utk lihat kesan yang betul-betul memuaskan hati. Actually tak sampai pun lagi seminggu aku dah excited gila nak tunggu 3minggu.

         Hope sgt2 kesannya nanti tak mengecewa kan,bukan apa aku tak pernah kot melabur sampai beratus utk beli product2 kecantikan ni semua before ni. Tapi perempuan mana yang tak nak cantik kan? Sanggup berikat perut asalkan cantik. Lagi-lagi raya dah dekat ni kan. Korang semua doakan aku berjaya k? aiceehhh macam nak pergi mendaki gunung pulak dah aku ni bercakap :p

          Now aku hanya berserah dan bertawakal je semoga kesannya nanti tidak seteruk sebelum aku apply set MNS ni..amin



Friday, 21 June 2013

Can't Accepted...

BAHAGIA MU DERITA KU

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Diakan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkan ku perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit
Semakin kau bahgia

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka
Dia membawa jantungku bersama mu


Saturday, 27 April 2013

tak sangka...


Assalamualaikum...

Pernah dengar tak peribahasa "Habis madu sepah dibuang" ??tipulah kalau tak pernah kan.. Now,macam tu lah yang aku rasa. Dulu aku pernah kenal kau, aku pernah sayang kau, aku pernah hargai kau, dan aku pernah anggap kau sahabat aku walaupun kita tak bersama lagi. Tapi sekarang tidak lagi, aku merasa kau bukan lagi orang yang pernah aku kenal dulu, pernah aku sayang dulu, pernah aku hargai dan hormati dulu, sekarang kau bukan lagi teman, bukan lagi sahabat. Kau hanya "Gunting dalam lipatan" dimata aku sekarang.
 
Aku betul-betul terkilan dengan sikap kau yang cuba memburuk-burukkan aku didepan si dia dengan harapan dapat memusnahkan kebahagiaan aku dan si dia. Mana hilangnya sifat kau yang selalu mendoakan kebahagiaan aku? Ape motif kau buat semua tu sedangkan kau sendiri telah bahagia bersama orang lain. Kenapa dan mengapa??

Sehingga hari ini aku masih tertanya-tanya, cukuplah apa yang pernah kau buat dulu pada aku, tak perlu lagi kau muncul kali ini hanya untuk melihat kejatuhan aku. Kau tak kan berhasil!! percayalah.. Aku bersyukur kerana si dia lebih memihak pada aku berbanding termakan hasutan-hasutan busuk kau tu, Alhamdulillah.

22/4- genap 3 tahun dan sekarang aku benar-benar kenal siapa kau, terima kasih Ya Allah kerana membuka mata hamba-Mu ini dan terima kasih juga KAU hadirkan teman pengganti buat hamba-Mu yg kerdil ini. Aku teramat bersyukur dgn pertemuan kali ini.Mulai saat dan detik kau mengarang pelbagai cerita tentang aku pada si dia, kau bukan lagi siapa-siapa bagi aku, muktamad!! Mohon jgn pernah ganggu hidup aku lagi. FULLSTOP

~when one step I move on, I won't saw the back~

Tuesday, 26 February 2013

no tiltle ##$$%%

TABAH

Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan yang bercinta

Sudah ku menduga kau akan berubah

Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pintaku melupakan diri mu

Tak apalah ku tak kisah

Kerna itu keputusan mu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksa

korus:

Biar hitam sejarah hidup ku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal
Hati pun tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahan

Andai suatu hari ada orang yang bertanya

Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahwa jodoh kita tiada
Dan kita tak pernah sengketa

Moga engkau berbahagia 

Disampingnya yang kau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku dihari bahgia mu

tempat praktikal part 2

Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa, tujuan utama untuk berkongsi cerita. Hari tu aku dah cerita macam mana susahnya aku nak cari tempat praktikal kan. Now, aku masih lagi menunggu feedback yang positif dari company PROTON tu. Punyalah lama den ni menunggu, finally baru tadi petang akak tu call. Dia boleh suruh aku ambil borang yang HQ bagi suruh isi dan t.tangan. Aku terkejut beruk juga time dia cakap macam tu, maklumlah aku sekarang ni kan dekat PD, camno den ni nak ambik??

Belum sempat aku nak cakap suruh dia emailkan je, dia dah cakap dulu..huhhh memahami betul akak ni. heehee..So, senang sikitlah kerja aku, tak payah laa aku keluar duit nak balik JB semata-mata nak ambil borang tu. ALHAMDULILLAH, syukran to ALLAH SWT !!

Hari ni kelas aku sampai ke petang, memang lepak sikitlah kan..nak buat macam mana lagi namanya pun "student". Dah penat2 balik tu memang tak lah aku nak terus mengadap laptop cek email akak tu kan. So, aku rehat2 dulu lepas magrib baru aku mandi. Tengah syok aku mandi, aku dengar fon aku bunyi, mesej masuk. Aku memang tak syak orang lainlah mesti SAYANG aku tu yang mesej. Aku settle kan mandi dulu, keluar je bilik air terus capai fon..laa rupanya akak tu yang mesej tanya dah dapat belum email dia?. Aku balas jela yang aku belum sempat nak tengok lagi, nasib akak tu okey. Dia suroh aku emailkan dekat dia balik esok.

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan olehNYA. Mudah-mudahan selepas aku emailkan borang tu respone yang akan aku dapat nanti positif.. AMIN AMIN YA ROBBAL ALAMIN...

wassalam

Thursday, 21 February 2013

tempat praktikal..

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia

Actuaiiy aku bosan gile tahap gaban sekarang ni, so aku rase daripada aku membongak buat kerja yang entah ape2 lebih elok aku berceloteh kat blog ni..ye tak?? hahaaa

Nak kongsi sikit pasal pengalaman aku mencari tempat praktikal. Masa cuti seminggu hari tu aku ajak lah En.Gula Hati aku pi temankan aku meronda cari tempat praktikal tu, korang tahu tak, kite orang gerak dari rumah dalam kol10 gitu, sebenarnya pukol8 lagi En.Gula Hati tu dah tepacak kat rumah aku,tapi aku yang baru bangun tidur..hahaaa so dia dengan rela hati tunggu aku bersiap..perjalanan nak ke kulai lebih kurang setengah jam gitu, sampai2 kat kulai 1'st sekali kite orang pergi CC sebab nak print borang2 yg berkenaan, actually aku dah print dah, tapi En.Gula Hati ni sebuk sangat suruh aku standby lebih sikit, so aku ikut jela cakap dia.

Lepas tu, kite orang berdua pergi kedai makan sebab dia cakap dia lapar, maklumlah musim hujan sekarang ni kan, so pergilah..kang tak di ikut merajuk pula syg aku ni. Sambil2 tunggu dia makan tu aku isi lah borang2 yang baru print tadi. Aku tak makan just order air je, tapi kekasih hati pujaan aku ni punyalah baik hati, dia suapkan aku juga.. so dapatlah juga alas perut ni, kata orang dulu2 " jamah sikit takut kempunan"..
Settle je makan, barulah kiteorang memulakan misi pencarian tempat praktikal aku tu. Time ni hujan renyai2.. ya ampun korang tahu tak susah gile nak mencari tempat dengan keadaan cuaca yg macam tu, Tuhan je yang tahu sabarnya aku masa ni.. nasiblah si dia tak merungut apa2, still bantu aku..thanks a lot lah baby ♥

Haa part ni yang seronok nak story ni, kedai 1'st yg aku try tanya ni kedai jual alat2 wedding taw..masuk je pintu aku bagi salam then terus tanya ada terima budak praktikal tak?, akak tu punya lah semangat menjawab " ada,ada.. memang tengah cari orang pun.." fuhh aku dah start rasa lega ni, tup tup lepas aku cakap aku dari kos pemasaran akak tu terus blur.. dia jawablah " kedai akak ni kedai baru dik, nk pasarkan ape pun akak tak tahu.. ingat tadi adik bahagian design2 tu..maaf ye dik" .. dengan perasaan hampa aku melangkah keluar dari kedai tu terus menuju ke kereta semula.

Ok now cari tempat lain pula, 2'nd still sama aku pergi try dekat Bridal ape entah nama butik tu aku dah lupa.. macam tadi juga, bagi salam then tanya.. biasalahkan kalau bridal2 ni memang staff2 nya pun lembut2 belaka, "nyah" lah katakan..seram juga aku di buatnya, tapi kerja punya pasal tebal muka jela. Ingat dapatlah feedback positif kali ni, rupanya sama juga, staff tu suruh aku tanya bos sendiri, tapi malangnya bos dia tidur time tu. So aku malas nak melengahkan masa aku cakap takpelah,terima kasih. Aku terus chaw pergi kat kereta balik.

Tanpa berputus asa walaupun sebenarnya hati dah give up nak try tanya lagi, nasib baiklah ada si dia yang sudi memberikan kata2 semangat kat aku yang gembeng ni..huhuu lysm lah oncet.. Now aku dah mati akal mana lagi nak try, so pusing punya pusing nampaklah GUARDIAN, so dia benti kereta n tanya aku " nak try kat sini tak syg?" mula2 tu memg aku cakap malas, tapi lepas dia cakap cubalah dulu mana tahu kali ni dia terima ke..so aku macam dah mule nak semangat siket. Aku turun berlari-lari anak menuju ke kedai tu, sebab hujan tu yang terpaksa lari tu. Buka je pintu aku terus tanya, then dia punya manager cakap kat sini memang tak ambil budak praktikal, kalau nak minta kerja bolehlah. Dia suruh aku try minta under GIANT pula, memang malas lah kan aku nak ke GIANT bagai hujan2 tu, aku cakap je yela tapi tak pergi pun.

Nak di pendekkan cerita, time ni aku memang dah betul2 fed up and dah mula malas nak cuba kat mana2 lagi, tapi berkat si dia juga aku tabahkan hati ni. Ok dalam hati aku cakap "ni last aku try..lau tak dapat juga dahla balik je".. Aku ajak dia pergi PROTON , ok dia drive terus sampai kat PROTON, sebelum aku turun kereta, dia tarik tangan aku and pesan nanti masuk langkah kanan ye syg, lepas tu selawat banyak2 mudah2an org kat situ lembut hati. Then tak tinggal juga, dia sempat cakap "LUV U" .. so aku jawablah,tapi dalam hati aku mengumpat sikit "sempat je mamat ni, orang dah serabut2 dia menyempat lagi"..huhuu pape pun aku memg syg kau pun gemok..

Sampai dalam company tu aku dah macam org takde hala tuju, tak tahu mana satu org aku nak tanya, banyak sgt kaunternya. Sampailah ada akak tu pandang and tanya aku "ada ape ye dik?" so aku teruslah tanya, then dia tunjuk aku suruh tanya kat bos. Aku pon pergilah jumpa bos, then bos tu suruh aku masuk bilik dia..fuhh "nebes" aku dibuatnya.. mula2 bos tu tanya aku dari mana and kos apa?, aku ckp la apa yang patot then dia suruh aku naik atas jumpa Durah bagi resume aku dekat Durah. Dengan slumber je aku tanya dia balik " sape Durah?" *muka pelik.. pastu dia ckp," awak tak knl Durah ke? jadi mana awak tahu kat sini nak guna budak praktikal? " aku jawablah " saya main redah je cuba nasib" baru aku paham rupanya sebelum aku dtg ada budak praktikal lain dah call cakap nak dtg pukul2, mybe dia ingat aku budak tu. tapi dia suruh juga aku naik jmp Kak Durah tu, aku pon naik then jmp kak durah tu "pass" aku punya resume then akak tu cakap dia akan bgi feedback secepat mungkin, dia  suruh aku ambil no.fon dia nanti apa2 dia call. oklah aku pun balik..Sampai kereta muka aku tenang je so si dia dah pahamlah maknanya respone yg aku dpt kat dlm td tu positif,kalau tak kan muka aku macam "tempe basi je"..

Ok lepas tu barulah kite org balik rumah. Dalam perjalan balik tu si dia madah ketawakan aku je, dia cakap dahlah tadi nak nangis tak jmp tempat..dah dpt baru nak senyum.. siot betol dia ek..gelaklah puas2 b ui..yang penting hati aku senang sikit dah dpt tmpt walaupun belum confirm dia terima or tak. Harap2 tu terimalahkan..doakan aku k..amin
Macam tu lah ceritanya..panjangkan?, jari aku pun dah nak patah menaip ni..k lah chaw shin chee..daaa

sekian,wassalam ^_^

Sunday, 3 February 2013

EXCITED wow...!!


Assalamualaikum w.b.t semua (",)

Tik tok tik tok bunyi jam menunjukkan pukul 9.40 malam, hati dah menjerit keriangan tidak sabar memanti detik tepat jam 12.00.. Haa tahu kenapa aku ni tak sabar-sabar sangat nak tunggu pukul 12.00 tu, sebabnya.....*jeng jeng jeng..cuak tak cuak tak?hahaa tolong semua buat muka cuak sekejap..

Sebab aku tak sabar nak tunggu tarikh kat kelendar telefon aku berubah jadi 4/2/2013 dan alarm kat telefon aku pun berdering.. OMG, pejam celik pejam celik dah pun nak masuk 8 bulan aku bersama EN.GULA HATI  aku..Alhamdulillah  Ya ALLAH kerana sampai ke saat dan detik ini ENGKAU masih mengizinkan kami bersama.

Hmm tapi aku tak pasti sama ada si dia ingat ataupun tidak, sebabnya sekarang disaat aku sedang menaip entri ini si dia tengah dingin dengan aku, puncanya sebab  aku tulis pasal EX aku dalam blog aku ni.. Yelah kan mungkin memang aku yang salah..Maaf ye sayangku intan payung bucuk bacin ummi <3
Aku berharap sangat2 agar dia ingat lah, sekurang-kurangnya taklah aku excited sorang2 je kan?

TERIMA KASIH sayang sebab sudi sabar dengan kerenah saya sepanjang perkenalan kita ni
TERIMA KASIH juga sebab selalu maafkan & bagi saya peluang setiap kali saya buat silap
TERIMA KASIH yang teramat kerana sudi menyayangi & menerima diri ini apa adanya saya

" Biy, sesungguhnya ayang sangat2 menyayangi dan menghargai kemunculan Biy dalam hidup ini. Ayang bersyukur ke hadrat ILAHI kerana pertemuan ini dan ayang juga berharap semoga hubungan ini akan kekal hingga HUJUNG NYAWA.. Ayang sayang Biy BAYAK LAUT!!




"CINTA JANGAN ENGKAU PERGI JAUH DARI DIRIKU LAGI"


Aku ingatkan malam ni aku nak ajak dia pergi makan sama2 tapi disebabkan dia cakap dia ada kerja nak buat so cancel lah niat aku tu nanti. Tak apa lah mungkin esok lusa boleh kan *nak sedapkan hati sendiri je sebenarnya ni

Tapi aku tak kisah sangat sebenarnya sebab semalam pun kita orang dah dinner sesama, dia bawa aku pergi makan steamboot. Sumpah jakun gila aku tima sampai kedai tu *maklumlah 1'st time kot
Aku ingat aku sorang je yang jakun rupanya dia pun sama macam aku 1'st datang tempat macam tu. Ini semua sebab layankan kepala kawan2 dia. Orang dah bawa tu melantak jela kan..heheee

Aiii kenapalah lambat sangat waktu berlalu ni, dah tak sabar-sabar dah ni..hehee
Haa pape pun sebelum aku terlupa, aku nak minta korang sama2 mendoakan kebahagiaan kami berdua semoga makin hari makin happy, supaya kita orang berdua ni tak selalu bertekak macam anjing dangan kucing tu okey...AMIN



terima kasih kepada yang sudi membaca :)

Friday, 1 February 2013

TAHNIAH AWAK !!



Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia ^_^

Disini dengan hati yang sangat2 ikhlas dan luhur aku ingin mengucapkan tahniah kepada En.EX yang telah pun mendapat pengganti aku setelah sekian lama memegang title "SINGLE"  alhamdulillah. Kan aku dah cakap kau mesti boleh lupakan aku, cuma kau kena buka hati kau tu untuk terima orang lain lepas itu InShaa ALLAH Ta'ala kau akan lebih bahagia..hope so....

 Memang tak dinafikan sangat2 susah untuk melupakan kau dan menerima kebenaran yang kau dah ada pengganti, tapi ini mungkin yang terbaik untuk kita. Semoga kau bahagia di samping si dia dan semoga engkau memperoleh kebahagiaan yang kau cari selama ni dengan si dia, AMIN...
Aku berharap si dia juga dapat membahagiakan kau lebih dari aku, jaga si dia baik2 ok. Lagi satu, andai dah sama2 suka tu lebih elok kalau kau bertindak dengan usaha untuk menikahinya. Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan2 aku.



tahniah ye semoga korang berdua happy selalu :)


Akhir kata, aku sangat2 berharap kau dapat berubah ke arah yang jauh lebih baik daripada sebelom ni..InShaaALLAH Ta'ala. Jangan pernah kecewakan si dia macam kau kecewakan aku okey :) Aku akan lebih bahagia bila tengok kau bahagia.
Kepada semua yang membaca entri ini marilah kita sama2 mendoakan kebahagiaan mereka berdua moga kekal hingga ke jinjang pelamin hendaknya..AMIN AMIN YA ROBBAL ALAMIN (",)

Wednesday, 23 January 2013

JOM LAYAN ^_^


Assalamualaikum w.b.t semua ^_^

Actually aku menaip entri kali ni just nak bercerita sikit pasal "SLOT AKASIA" yg magrib2 tersiar kat tv rumah korang tu..tipulah kalau ada yang kata dia tak tahu cerita ape kn... BEST GILER kot cerita tu, melting aku melihatnya..sebab dah terlalu taksublah tu yang lagu kat blog ni pun bubuh lagu dalam cerita tu..hehehee* INI SEMUA POYO





SETIA HUJUNG NYAWA.... fuhhh memang terbaik tokkk,layan habis.. pelakon dia dahlah comel2 belaka. Kalau terlepas satu episod je mesti bengang gila rasa, sanggop cari kat youtube beb *tak bole go betol :-) 
Bila dah follow episod demi episod tu rse sakit hati pun ada bila tengok si Zain tu buli L, apa punya laki lah kan...Aku suke sgt tengok cerita ni cause aku rasa cerita ni macam ada kena mengena dengan kisah hidup aku dengan si EX. Yela kan, masa si L bukan main syok dekat si Ikram tu dia wat tak tahu je, siap menghilangkan diri lagi, then bila si L tu dah bahagia dengan Zain tibe2 muncul balik nak merayu bagai. Sebijik gila dengan si EX, dulu tak pernah pon nak hargai pengorbanan aku, then sekarang aku dah happy dengan si GULA HATI tibe2 dia muncul balik cakap itu ini..adoi tak paham manusia ni kan, time ada depan mata dia orang wat tak tahu je, dah takde baru nak menyesal. 

 
sweet giler dieorang berdua ni kan ??
Haa berbalik semula pada topik perbincangan kita tadi. *aicehhh macam dalam persidangan UMNO pulak dah...kakak2,makcik2,anak dara2 yang luar sana mesti sakit hati gila kan bila tengok cerita ni, bukan apa mana boleh tahan kalau tengok kaum kita ni asyik kena buli je. PAST IS PAST lah kan, sebok nak mengungkit. Patotnya bagilah support bini tu nak berubah, aiyoo apa punya suamilah si Zain ni.. geram kan..errrggghhh!!!! 

Walau apa sekali pun, Zain dengan L tetap sangat2 sweet, harap ending cerita ni nanti best. Jangan macam hampehh dahlah. Sama2lah kita menyemakkan diri didepan tv setiap isnin sampai khamis pukol7 sampai kol8 ok?? 

Saturday, 19 January 2013

PERTEMUAN & PERPISAHAN

Assalamualaikum w.b.t semua (",)

Terasa agak lama aku tak mencoret entri2 terbaru, bukan malas cuma masa yang tidak mengizinkan. Diam tak diam dah semakin jauh kita tinggalkan tahun 2012 kan? Sedih ada gembira pun ada, bukan apa cuma terlalu banyak suka dan dukanya.

Semua kenangan pahit dan manis dibiarkan berlalu begitu saja, berat rasa hati tapi kita hanya mampu merancang Tuhan lah yang lebih bijak menentukan segalanya. Sekian lama aku cuba lupakan "kau" Alhamdulliah baru kini aku berhasil. Makan masa juga untuk aku lupakan sepenuhnya, tapi "life must go on" kan..so, aku kena kuat,Tuhan itu adil DIA ambil "kau" dari aku then DIA gantikan "kau" dengan "dia".

Entri ni memang aku tulis untuk "kau", sejujurnya aku sedih dan sangat2 terharu bila terbaca blog yang kau tulis semua tentang aku. Maafkan aku kalau aku punca hidup kau dah tak seceria dulu.. i'm sorry :'(
Aku rasa bersalah bila apa yang tulis tu seolah2 kau fikir aku sengaja nak malukan kau, SUMPAH DEMI ALLAH tidak terlintas langsung niat aku nak malukan kau. Aku tahu mungkin kau kurang pengetahuan tentang agama, bukan juga aku cakap aku ni pandai sgt. Tapi tidakan aku itu cuma nak ada orang yang pandai boleh membimbing kau sebab aku tak mammpu lagi berada disisi kau. Aku nak kau paham maksud sebenar aku. Sekali lagi "sorry".....
Lambang cinta kita..

Ayah & Ibu ni semua tinggal kenangan je.. Aku harap biarlah kenangan ini aku rasa cuma dengan kau sorang :'(


Setahun ==> Dua tahun ==> Berpisah
mungkin bukan jodoh kita

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita
Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka
(chorus)
Dialah yang aku inginkan
Dian cinta yang ku dambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
(ulang chorus)
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpa mu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta


SEKIAN (",) 

Friday, 4 January 2013

HAPPY 7'MONTH

✿ Assalamualaikum semua  

Hai?? kali ni zatie nak kongsi hari bahagia zatie dgn semua.. untuk pengetahuan smua,hari ni genap "7BULAN" zatie dgn si GULE HATI    
tolong happy semua ok..please   

 Actually, mase tepat kol12 tu zatie tak engat pon yg dh masok 4 hari bulan taw.. nk di jadikan crite,zatie mesej mcm takde mood jek mlm tu, tbe2 en.GULE HATI tanye "nape ni yunk mcm tak hapy jek, hary ni kan 4 hri bulan"... OMG, sriously zatie lupe gile2..nseb die engatkan..huhuu zatie ape lgi buat lah ayat sedih gitu.. "macam mne tak sedihnya dri tadi tunggu awk call tak call2 pon :( " Hahahaaa jadi tak gimik zatie?? then pastu en.GULE HATI teros call.. fuyyyoooohhh syok weyhhh   


haa semua, inilah EN.GULE HATI zatie..comell kn die? haa tak?? aade zatie kesa!! law rse die tk comell g mainn jaoh2 sane..jgn semak kat entri ni k ;)
BTW, ape yg zatie just nk korang smua buat cume doakan kebahagiaan kami berdua moge smpai ke jinjang pelamin..aiiicceeehhh tergedik plak..takpelah kan? Doakan kami supaya jangan selalu gadoh2.. bole kn? ok bole..thanks baby baby semua..luv u oll's