Saturday, 29 June 2013

for YOU.....


Actually video ni aku dah buat time 4/6 hari tu, cuma baru sekarang ada kesempatan nk post..hehee
this is for you sayang.. enjoy it!!


ada sedikit TYPO but nevermine
Hope u'r happy n always smiling when u watch this video dear :)
Alhamdulillah diatas pertemuan ini
Semoga JODOH itu milik kita, In Shaa Allah



permainan apakah ini?

Mengapa dan kenapakah manusia sekarang sangat mudah bermain dengan kata-kata? Ucapan SAYANG seringkali dijadikan alat mainan.
Adilkah semua ini bagi insan yang benar-benar menghayati erti SAYANG itu??
Puas aku cuba untuk memahami mengapa hal sedemikian terjadi, namun masih belum kelihatan.

Sana SAYANG sini  juga SAYANG.. hati yang mana tidak akan terluka seandainya mereka sedar bahawa hatinya sedang dipermain???

Sedarkah awak,awak dan awak diluar sana akan erti sebenarnya ucapan SAYANG, tidak bukan???
Aku bukan jenis yang suka mengungkap SAYANG tanpa makna sebenarnya, sekali ucapan SAYANG itu terpacul keluar dari mulut ini, itu bererti aku benar-benar SAYANG

SAYANG yang aku maksudkan bukanlah untuk hari ini,esok atau kelmarin. Tapi ianya adalah untuk selama-lamanya!! 
Aku juga tidak pernah menagih kasih dari orang yang tidak pandaai untuk menhargai hati dan diri ini.
Aku pernah merasa berada di puncak cinta teragung yang kononnya hanya ada aku dan dia. Namun semua itu tidak bertahan lama dan tidak seindah mimpi yang dibayangi. Kau pergi tanpa rasa simpati, tanpa sedikit pun menoleh kebelakang. Semakin aku kejar cinta itu,semakin aku rasa diperbodoh. 

Jika benar dia pilihan kau, aku pasrah akan kehendakmu. Namun jangan sesekali kau cuba untuk mendapatkan hati ini kembali. Kerna sesungguhnya hati ini sangat-sangat terluka. Aku yakin kau akan lebih bahagia dengan pilihan kau.

Kenangan yang pernah kita coretkan bersama dulu, timbuskan saja ianya sebangai awan mendung semalam dan gantikannya dengan matahari terang yang memancar pada hari ini.

Aku belajar untuk menerima Qada dan Qadar dariNYA, perlahan-lahan aku cuba melupakan. Dan pada saat aku sangat-sangat memerlukan dorongan, Hadirnya dia menjadi teman mendengar,berkongsi cerita, tawa dan duka bersama. Sesungguhnya aku berharap inilah yang terakhir.

Sungguh indah takdir MU ya ALLAH...!!

Friday, 28 June 2013

IKHTIAR DAN TAWAKAL :)

Assalamualaikum semua (",)


Actually dah terlalu lama aku tak berceloteh kat blogger ni kan? Seingat aku last aku post entri last week,tu pon on kat tempat keje,yang sempat pon post lirik lagu je. Tak sempat nak membebel-bebel,bukan ape takut HQ dapat detect..hahaaa

         Lagi pun sekarang ni aku dah start sibuk sikit semenjak parktikal ni kan, thats why la masa tu terhad sikit. Hari ni aku free sebab aku just kerja 5 hari dalm seminggu ( isnin-jumaat ). Hujung2 minggu ni biasa la kan duduk je kat rumah, nak merayap pon Zul kerja cuti tak sama dgn aku..ermm so sad :'(

         Yang sebenar-benarnya aku nak cakap muka aku sekarang dah makin teruk,sebab tu la aku malas nk keluar jalan sangat..huhuuu... Actually kan, aku ade try satu product skincare ni tau. Nama dia MOZARINA NEWSKIN (MNS), mesti tak pernah dengar kan? Sebenarnya aku pon tak pernah dgr n tak pernah tahu pasal product ni sampai la satu masa tu aku terpandang kat instagram aku. Lama juga aku usha product ni, nk try beli duit belom brape ade, sebab mahal kot product ni. Trial set jek dah rm180, so aku usha-usha lah dulu. Ramai juga dia upload gmbar testimoni2 yang berjaya.

         Makin lama aku tengok makin berminat pula aku nak try, nak dijadikan cerita PTPTN pula masuk awal sem ni, haa ape lagi aku terus deal dgn sis tu. Aku bank in kat rm180 tu hari sabtu last week after aku habis kerja. Then hari selasa petang tu baru sampai kat tempat kerja aku. Balik je kerja,mandi2 aku terus apply set MNS ni, maklumlah tak menyabor-nyabor dah :)

         Masuk hari ni dah lebih kurang 4hari la aku apply set MNS ni, so far still belom nampak kesan yang gempak but aku nampak lah juga perbezaan kulit aku before n after aku apply MNS ni. Orang tu cakap paling lama pun MNS akan take time till 3week utk lihat kesan yang betul-betul memuaskan hati. Actually tak sampai pun lagi seminggu aku dah excited gila nak tunggu 3minggu.

         Hope sgt2 kesannya nanti tak mengecewa kan,bukan apa aku tak pernah kot melabur sampai beratus utk beli product2 kecantikan ni semua before ni. Tapi perempuan mana yang tak nak cantik kan? Sanggup berikat perut asalkan cantik. Lagi-lagi raya dah dekat ni kan. Korang semua doakan aku berjaya k? aiceehhh macam nak pergi mendaki gunung pulak dah aku ni bercakap :p

          Now aku hanya berserah dan bertawakal je semoga kesannya nanti tidak seteruk sebelum aku apply set MNS ni..amin



Friday, 21 June 2013

Can't Accepted...

BAHAGIA MU DERITA KU

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Diakan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkan ku perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit
Semakin kau bahgia

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka
Dia membawa jantungku bersama mu