Assalamualaikum dan salam 1 MalaysiaEntri ni saya post memang khas untuk awak, YES UNTUK AWAK!!
Semua diantara kita tahu dan sedar bahawa Allah merupakan penguasa alam dan tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menandinginya kekuasaan-NYA. Aku sedar akan kebenaran itu, dan aku tahu aku tidak dapat menyangkalnya.
Hadirnya tanpa diundang perginya jua tanpa paksaan. Aku tahu bukan kita yang merancang pertemuan ini dan aku sedar bukan kita juga yang meminta perpisahan. Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan, cuma yang membezakan sama ada cepat atau lambat sahaja.
AWAK... jujur saya katakan bahawa saya sangat selesa berteman dengan awak, walaupun pada awalnya saya kurang selesa dengan sikap awak yang terlalu "loya buruk" tu. Tapi kenapalah terlalu awal awak menghilang. Silap saya ke? atau awak yang kurang selesa dengan saya? hmm mungkin memang saya yang salah kot, if saya punca awak menghilang "I'M REALLY REALLY SORRY"
Awak pernah cakap, kita akan tetap jadi kawan sampailah antara kita berkahwin nanti, tapi belum sempat lagi semua tu jadi awak dah pun minta saya lupakan awak. Hmmm sebenarnya saya tak tahu pun apa masalah antara kita sampaikan awak berubah jadi orang lain lepas je awak tahu saya dah berbaik dengan si dia. Sedangkan dari awal awak yang selalu pesan, "kita kawan, kita kawan".
But now, kenapa awak yang berubah? why?
Mungkin juga memang dah tertulis perkenalan kita "hanya satu persinggahan" kot.
Mungkin juga suatu hari nanti kita dapat jumpa balik, siapa tahu kan?
Semua tu urusan ALLAH...
Apa yang mampu saya buat hanyalah doakan yang terbaik untuk kawan-kawan saya.
Saya harap pertemuan kita bukanlah satu mimpi ngeri buat awak.
Andai tanpa sedar saya telah menyakiti hati awak, seribu maaf saya pohonkan dengan sepenuh hati ini. Halalkan apa yang termakan, terminum dan terpakai ye??
- kerana terluka-