Tuesday, 5 November 2013

ALLAH is the best of PLANNER

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Entri ni saya post memang khas untuk awak, YES UNTUK AWAK!!

Semua diantara kita tahu dan sedar bahawa Allah merupakan penguasa alam dan tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menandinginya kekuasaan-NYA. Aku sedar akan kebenaran itu, dan aku tahu aku tidak dapat menyangkalnya.

Hadirnya tanpa diundang perginya jua tanpa paksaan. Aku tahu bukan kita yang merancang pertemuan ini dan aku sedar bukan kita juga yang meminta perpisahan. Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan, cuma yang membezakan sama ada cepat atau lambat sahaja.

AWAK... jujur saya katakan bahawa saya sangat selesa berteman dengan awak, walaupun pada awalnya saya kurang selesa dengan sikap awak yang terlalu "loya buruk" tu. Tapi kenapalah terlalu awal awak menghilang. Silap saya ke? atau awak yang kurang selesa dengan saya? hmm mungkin memang saya yang salah kot, if saya punca awak menghilang "I'M REALLY REALLY SORRY"

Awak pernah cakap, kita akan tetap jadi kawan sampailah antara kita berkahwin nanti, tapi belum sempat lagi semua tu jadi awak dah pun minta saya lupakan awak. Hmmm sebenarnya saya tak tahu pun apa masalah antara kita sampaikan awak berubah jadi orang lain lepas je awak tahu saya dah berbaik dengan si dia. Sedangkan dari awal awak yang selalu pesan, "kita kawan, kita kawan".

But now, kenapa awak yang berubah? why?

Mungkin juga memang dah tertulis perkenalan kita "hanya satu persinggahan" kot.
Mungkin juga suatu hari nanti kita dapat jumpa balik, siapa tahu kan?
Semua tu urusan ALLAH...

Apa yang mampu saya buat hanyalah doakan yang terbaik untuk kawan-kawan saya.
Saya harap pertemuan kita bukanlah satu mimpi ngeri buat awak.
Andai tanpa sedar saya telah menyakiti hati awak, seribu maaf saya pohonkan dengan sepenuh hati ini. Halalkan apa yang termakan, terminum dan terpakai ye??

 
- kerana terluka-

Wednesday, 16 October 2013

SAYANG vs SUKA

Assalamualaikum 

Terasa sangat lama aku tak berkongsi kisah yang terjadi dalam hidup aku ni dengan korang semua..hahaaa
Actually, dari bulan 7-10 ni macam2 yang berlaku. Ada sedih ada juga yg gembira, korang nak tahu yg mana dulu? Of course la yg sedih dulu aku nak share kan...

jeng jeng jeng.... haa suspen tak? LOL

Yang sedihnya raya tahun ni aku tak dapat nak sambut sama-sama dgn GULA HATI aku si Zul tu. Tahu kenapa? Actually aku pun tak tahu apa punca dia tiba-tiba menghilang dan senyap tanpa khabar berita. Sebenarnya masa puasa tu kiteorang baik je. Entah kenapa dlm lebih kurang 5hari lagi nak raya tu dia tiba-tiba senyap, lost contact... 

Dia buat aku tertanya-tanya apa salah aku? apa aku dah buat?
Nak dijadikan cerita, pagi raya tu betul2 takbir raya tengah berkumandang aku pun dapat sms dari dia. Hati dah mula happy ni tengok nama dia keluar kat fon. tapi isinya...hampa..... " saya rasa lebih baik kita jadi kawan, daripada saya sakit hati dan terus sakitkan hati awak "

Tergamam seketika, cuba kawal emosi daripada terus terganggu dipagi raya tu. Dipendekkan cerita, bermacam2 cara aku buat untuk pulihkan hubungan kami. Aku cuba cari dia untuk dapatkan penjelasan atas apa yg terjadi, tapi dia seolah-olah main lari2.

Sampai satu tahap aku betul2 nekad untuk berhenti kejar dia. Start dari tu lah aku belajar berkawan dengan lelaki lain. Hanya sekadar berkawan sebab aku tahu aku takkan boleh secepat itu mencari pengganti dia. Aku adalah kenal sorang mamat ni, aku pun tak tahu apa nama penuh dia. Yang aku tahu nama dia "Fazlee" umur 24tahun dan kerja di Bank Islam. Aku kenal dia pun dekat proton tempat aku praktikal ni juga.

Kami berkawan dan mula kenal hati budi masing2, pada aku dia ok, baik dan pandai "loya buruk". Kadang-kadang tu memang sakit jiwa layan kerenah dia, tapi telatah dia tu lah yang buat aku mula ceria. Kalau tak kerja aku menangis je. Makin lama kami makin rapat, sampailah satu tahap aku mempunyai perasaan SUKA terhadap dia.

Aku cuba untuk berterus terang tapi sikap dia seolah-olah main " tarik tali " dengan aku. Aku pun cuba untuk berkias, dan aku yakin dia paham apa yang cuba aku maksudkan. Sampaikan dia cakap " awak kan muda lagi,so awak carilah yg sama-sama muda macam awk ". Mungkin pada dia apa yang dia cakap tu hanya sekadar gurauan, tapi ayat dia tu lah yg buatkan niat aku tu terbantut.

So, mulai saat tu aku dh decide yang aku akan tetap berkawan dan takkan lebih dari itu. Tapi sayang, tempoh perkenalan kami yg awalnya mesra penuh dengan gurau senda berubah jadi dingin bila Zul yang dh hampir 2bulan menghilang muncul balik tiba-tiba.

Aku memang tak dapat nak nafikan yang hati aku memang masih SAYANGkan dia sorang je. So, dengan mudahnya aku terima dia balik. Kiteorang mula rapat balik macam dulu, dan aku cerita semua tentang Fazlee dekat dia. Tujuan aku agar dia faham status aku dengan Fazlee yg sebenar.

 Fazlee kerap juga whatsapp2 aku, tapi bagi menjaga hati Zul aku abaikan je semua whatsapp dia, mesej dia and call dia. Jujur memang terasa diri aku ni kejam, tapi macam mana lagi aku nak buat? serba salah dibuatnya.

Kalaulah korang yg ada kat tempat aku, apa yang korang akan buat ye? Aku dah pun text si Fazlee dan terangkan semua yang terjadi, tak lupa juga aku dah pun minta maaf atas apa yg jadi. Tapi masih tetap rasa bersalah.. Walau apapun terjadi aku takkan pernah lupa jasa2 dia, SAHABAT UNTUK SELAMANYA ye Fazlee? Dan untuk Zul, mohon SETIA HUJUNG NYAWA ok?

Serius memang sgt2 susah bila berhadapan dengan situasi yg macam ni, sesungguhnya SUKA tidak akan dapat menandingi SAYANG right????

sekian,wassalam