Assalamualaikum & salam sejahtera ^__^
Apa yg zatie nk kongsikan kat korang semua hari ni ialah mengenai apa yg tjadi waktu dlm kelas zatie pagi ni...sepatotnye harini kelas zatie start kol9 till 10 a.m but lecture mintak awalkan kels ke pkol8.30.. nvermine lah kn..tak jd msalah papepon pd kiteorg..
Seperti biase, continue lagi presentation bg group yg lom settle.. Selesai jek group presentation tu lecture ulas balik serba sedikit tentang topik yg bru dibentangkn td coz nk bg kiteorg ni lebih jelas n faham...Nak di jadikan cerita,tengah2 lecture terang kat depan tibe2 ade sorang dak kels kluar jwb panggilan tlefon , gaye nampak mcm serius tp kiteorg yg lain tak ambik kesa sgt sebap tgah khusyuk sgt dgr lecture terangkan .
Then, dak yg jwb fon td masok blik dlm kels sambil nangis die teros g kat lecture..zatie dduk barisan depan skali, so dgrlah ape die ckp..
"Puan ayah saye baru meninggal" tergamam sekejap bile dgr ape die ckp, teros dgn zatie2 skali nk meraung..
tak mampu nk ckp pape, yang pergi tetap pergi kan...
TAKZIAH kepada Siti Amirah binti Busu...semoga almarhum ayahnya ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin
Papepon, mira..zatie harap awk kuat k..zatie twu memg berat tuk terima smua ni,tp kita tak bole melawan takdir
ALLAH kn..banyak kan bersabar ye.. (",)
Sebab itulah kita sebagai manusia selalu di ingatkan untuk mengingati
MATI kerana itu memang sudah termaktub dlm kalam
ALLAH iaitu Al-quran. Setiap kita yang hidup diatas muka bumi
ALLAH ini pasti akan menemui mati. Apa sahaja yang kita peroleh sekarang ini hanyalah pinjaman sementara oleh-Nya, tak boleh pon nak dibawa bersama bile mati nanti.
PERINGATAN tuk semua dan juga diri zatie sendiri...
Kematian adalah satu kemestian mengikut takdir Ilahi. Mengenai takdir kematian, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :
“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”(Surah Fatir: Ayat 11)
Amalan untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut nyawa oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya :
Sebelum tidur:
1. Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2. Selawat ke atas Nabi
3. Membaca tasbih
Amalan harian:
1. Sentiasa membaca Al-Quran
2. Memelihara solat terutama solat fardu
3. Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4. Membaca tasbih
5. Membanyakkan sedekah
6. Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1. Dusta
2. Khianat
3. Mengadu domba
4. Kencing berdiri