Tuesday, 26 February 2013

no tiltle ##$$%%

TABAH

Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan yang bercinta

Sudah ku menduga kau akan berubah

Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pintaku melupakan diri mu

Tak apalah ku tak kisah

Kerna itu keputusan mu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksa

korus:

Biar hitam sejarah hidup ku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal
Hati pun tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahan

Andai suatu hari ada orang yang bertanya

Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahwa jodoh kita tiada
Dan kita tak pernah sengketa

Moga engkau berbahagia 

Disampingnya yang kau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku dihari bahgia mu

tempat praktikal part 2

Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa, tujuan utama untuk berkongsi cerita. Hari tu aku dah cerita macam mana susahnya aku nak cari tempat praktikal kan. Now, aku masih lagi menunggu feedback yang positif dari company PROTON tu. Punyalah lama den ni menunggu, finally baru tadi petang akak tu call. Dia boleh suruh aku ambil borang yang HQ bagi suruh isi dan t.tangan. Aku terkejut beruk juga time dia cakap macam tu, maklumlah aku sekarang ni kan dekat PD, camno den ni nak ambik??

Belum sempat aku nak cakap suruh dia emailkan je, dia dah cakap dulu..huhhh memahami betul akak ni. heehee..So, senang sikitlah kerja aku, tak payah laa aku keluar duit nak balik JB semata-mata nak ambil borang tu. ALHAMDULILLAH, syukran to ALLAH SWT !!

Hari ni kelas aku sampai ke petang, memang lepak sikitlah kan..nak buat macam mana lagi namanya pun "student". Dah penat2 balik tu memang tak lah aku nak terus mengadap laptop cek email akak tu kan. So, aku rehat2 dulu lepas magrib baru aku mandi. Tengah syok aku mandi, aku dengar fon aku bunyi, mesej masuk. Aku memang tak syak orang lainlah mesti SAYANG aku tu yang mesej. Aku settle kan mandi dulu, keluar je bilik air terus capai fon..laa rupanya akak tu yang mesej tanya dah dapat belum email dia?. Aku balas jela yang aku belum sempat nak tengok lagi, nasib akak tu okey. Dia suroh aku emailkan dekat dia balik esok.

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan olehNYA. Mudah-mudahan selepas aku emailkan borang tu respone yang akan aku dapat nanti positif.. AMIN AMIN YA ROBBAL ALAMIN...

wassalam

Thursday, 21 February 2013

tempat praktikal..

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia

Actuaiiy aku bosan gile tahap gaban sekarang ni, so aku rase daripada aku membongak buat kerja yang entah ape2 lebih elok aku berceloteh kat blog ni..ye tak?? hahaaa

Nak kongsi sikit pasal pengalaman aku mencari tempat praktikal. Masa cuti seminggu hari tu aku ajak lah En.Gula Hati aku pi temankan aku meronda cari tempat praktikal tu, korang tahu tak, kite orang gerak dari rumah dalam kol10 gitu, sebenarnya pukol8 lagi En.Gula Hati tu dah tepacak kat rumah aku,tapi aku yang baru bangun tidur..hahaaa so dia dengan rela hati tunggu aku bersiap..perjalanan nak ke kulai lebih kurang setengah jam gitu, sampai2 kat kulai 1'st sekali kite orang pergi CC sebab nak print borang2 yg berkenaan, actually aku dah print dah, tapi En.Gula Hati ni sebuk sangat suruh aku standby lebih sikit, so aku ikut jela cakap dia.

Lepas tu, kite orang berdua pergi kedai makan sebab dia cakap dia lapar, maklumlah musim hujan sekarang ni kan, so pergilah..kang tak di ikut merajuk pula syg aku ni. Sambil2 tunggu dia makan tu aku isi lah borang2 yang baru print tadi. Aku tak makan just order air je, tapi kekasih hati pujaan aku ni punyalah baik hati, dia suapkan aku juga.. so dapatlah juga alas perut ni, kata orang dulu2 " jamah sikit takut kempunan"..
Settle je makan, barulah kiteorang memulakan misi pencarian tempat praktikal aku tu. Time ni hujan renyai2.. ya ampun korang tahu tak susah gile nak mencari tempat dengan keadaan cuaca yg macam tu, Tuhan je yang tahu sabarnya aku masa ni.. nasiblah si dia tak merungut apa2, still bantu aku..thanks a lot lah baby ♥

Haa part ni yang seronok nak story ni, kedai 1'st yg aku try tanya ni kedai jual alat2 wedding taw..masuk je pintu aku bagi salam then terus tanya ada terima budak praktikal tak?, akak tu punya lah semangat menjawab " ada,ada.. memang tengah cari orang pun.." fuhh aku dah start rasa lega ni, tup tup lepas aku cakap aku dari kos pemasaran akak tu terus blur.. dia jawablah " kedai akak ni kedai baru dik, nk pasarkan ape pun akak tak tahu.. ingat tadi adik bahagian design2 tu..maaf ye dik" .. dengan perasaan hampa aku melangkah keluar dari kedai tu terus menuju ke kereta semula.

Ok now cari tempat lain pula, 2'nd still sama aku pergi try dekat Bridal ape entah nama butik tu aku dah lupa.. macam tadi juga, bagi salam then tanya.. biasalahkan kalau bridal2 ni memang staff2 nya pun lembut2 belaka, "nyah" lah katakan..seram juga aku di buatnya, tapi kerja punya pasal tebal muka jela. Ingat dapatlah feedback positif kali ni, rupanya sama juga, staff tu suruh aku tanya bos sendiri, tapi malangnya bos dia tidur time tu. So aku malas nak melengahkan masa aku cakap takpelah,terima kasih. Aku terus chaw pergi kat kereta balik.

Tanpa berputus asa walaupun sebenarnya hati dah give up nak try tanya lagi, nasib baiklah ada si dia yang sudi memberikan kata2 semangat kat aku yang gembeng ni..huhuu lysm lah oncet.. Now aku dah mati akal mana lagi nak try, so pusing punya pusing nampaklah GUARDIAN, so dia benti kereta n tanya aku " nak try kat sini tak syg?" mula2 tu memg aku cakap malas, tapi lepas dia cakap cubalah dulu mana tahu kali ni dia terima ke..so aku macam dah mule nak semangat siket. Aku turun berlari-lari anak menuju ke kedai tu, sebab hujan tu yang terpaksa lari tu. Buka je pintu aku terus tanya, then dia punya manager cakap kat sini memang tak ambil budak praktikal, kalau nak minta kerja bolehlah. Dia suruh aku try minta under GIANT pula, memang malas lah kan aku nak ke GIANT bagai hujan2 tu, aku cakap je yela tapi tak pergi pun.

Nak di pendekkan cerita, time ni aku memang dah betul2 fed up and dah mula malas nak cuba kat mana2 lagi, tapi berkat si dia juga aku tabahkan hati ni. Ok dalam hati aku cakap "ni last aku try..lau tak dapat juga dahla balik je".. Aku ajak dia pergi PROTON , ok dia drive terus sampai kat PROTON, sebelum aku turun kereta, dia tarik tangan aku and pesan nanti masuk langkah kanan ye syg, lepas tu selawat banyak2 mudah2an org kat situ lembut hati. Then tak tinggal juga, dia sempat cakap "LUV U" .. so aku jawablah,tapi dalam hati aku mengumpat sikit "sempat je mamat ni, orang dah serabut2 dia menyempat lagi"..huhuu pape pun aku memg syg kau pun gemok..

Sampai dalam company tu aku dah macam org takde hala tuju, tak tahu mana satu org aku nak tanya, banyak sgt kaunternya. Sampailah ada akak tu pandang and tanya aku "ada ape ye dik?" so aku teruslah tanya, then dia tunjuk aku suruh tanya kat bos. Aku pon pergilah jumpa bos, then bos tu suruh aku masuk bilik dia..fuhh "nebes" aku dibuatnya.. mula2 bos tu tanya aku dari mana and kos apa?, aku ckp la apa yang patot then dia suruh aku naik atas jumpa Durah bagi resume aku dekat Durah. Dengan slumber je aku tanya dia balik " sape Durah?" *muka pelik.. pastu dia ckp," awak tak knl Durah ke? jadi mana awak tahu kat sini nak guna budak praktikal? " aku jawablah " saya main redah je cuba nasib" baru aku paham rupanya sebelum aku dtg ada budak praktikal lain dah call cakap nak dtg pukul2, mybe dia ingat aku budak tu. tapi dia suruh juga aku naik jmp Kak Durah tu, aku pon naik then jmp kak durah tu "pass" aku punya resume then akak tu cakap dia akan bgi feedback secepat mungkin, dia  suruh aku ambil no.fon dia nanti apa2 dia call. oklah aku pun balik..Sampai kereta muka aku tenang je so si dia dah pahamlah maknanya respone yg aku dpt kat dlm td tu positif,kalau tak kan muka aku macam "tempe basi je"..

Ok lepas tu barulah kite org balik rumah. Dalam perjalan balik tu si dia madah ketawakan aku je, dia cakap dahlah tadi nak nangis tak jmp tempat..dah dpt baru nak senyum.. siot betol dia ek..gelaklah puas2 b ui..yang penting hati aku senang sikit dah dpt tmpt walaupun belum confirm dia terima or tak. Harap2 tu terimalahkan..doakan aku k..amin
Macam tu lah ceritanya..panjangkan?, jari aku pun dah nak patah menaip ni..k lah chaw shin chee..daaa

sekian,wassalam ^_^

Sunday, 3 February 2013

EXCITED wow...!!


Assalamualaikum w.b.t semua (",)

Tik tok tik tok bunyi jam menunjukkan pukul 9.40 malam, hati dah menjerit keriangan tidak sabar memanti detik tepat jam 12.00.. Haa tahu kenapa aku ni tak sabar-sabar sangat nak tunggu pukul 12.00 tu, sebabnya.....*jeng jeng jeng..cuak tak cuak tak?hahaa tolong semua buat muka cuak sekejap..

Sebab aku tak sabar nak tunggu tarikh kat kelendar telefon aku berubah jadi 4/2/2013 dan alarm kat telefon aku pun berdering.. OMG, pejam celik pejam celik dah pun nak masuk 8 bulan aku bersama EN.GULA HATI  aku..Alhamdulillah  Ya ALLAH kerana sampai ke saat dan detik ini ENGKAU masih mengizinkan kami bersama.

Hmm tapi aku tak pasti sama ada si dia ingat ataupun tidak, sebabnya sekarang disaat aku sedang menaip entri ini si dia tengah dingin dengan aku, puncanya sebab  aku tulis pasal EX aku dalam blog aku ni.. Yelah kan mungkin memang aku yang salah..Maaf ye sayangku intan payung bucuk bacin ummi <3
Aku berharap sangat2 agar dia ingat lah, sekurang-kurangnya taklah aku excited sorang2 je kan?

TERIMA KASIH sayang sebab sudi sabar dengan kerenah saya sepanjang perkenalan kita ni
TERIMA KASIH juga sebab selalu maafkan & bagi saya peluang setiap kali saya buat silap
TERIMA KASIH yang teramat kerana sudi menyayangi & menerima diri ini apa adanya saya

" Biy, sesungguhnya ayang sangat2 menyayangi dan menghargai kemunculan Biy dalam hidup ini. Ayang bersyukur ke hadrat ILAHI kerana pertemuan ini dan ayang juga berharap semoga hubungan ini akan kekal hingga HUJUNG NYAWA.. Ayang sayang Biy BAYAK LAUT!!




"CINTA JANGAN ENGKAU PERGI JAUH DARI DIRIKU LAGI"


Aku ingatkan malam ni aku nak ajak dia pergi makan sama2 tapi disebabkan dia cakap dia ada kerja nak buat so cancel lah niat aku tu nanti. Tak apa lah mungkin esok lusa boleh kan *nak sedapkan hati sendiri je sebenarnya ni

Tapi aku tak kisah sangat sebenarnya sebab semalam pun kita orang dah dinner sesama, dia bawa aku pergi makan steamboot. Sumpah jakun gila aku tima sampai kedai tu *maklumlah 1'st time kot
Aku ingat aku sorang je yang jakun rupanya dia pun sama macam aku 1'st datang tempat macam tu. Ini semua sebab layankan kepala kawan2 dia. Orang dah bawa tu melantak jela kan..heheee

Aiii kenapalah lambat sangat waktu berlalu ni, dah tak sabar-sabar dah ni..hehee
Haa pape pun sebelum aku terlupa, aku nak minta korang sama2 mendoakan kebahagiaan kami berdua semoga makin hari makin happy, supaya kita orang berdua ni tak selalu bertekak macam anjing dangan kucing tu okey...AMIN



terima kasih kepada yang sudi membaca :)

Friday, 1 February 2013

TAHNIAH AWAK !!



Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia ^_^

Disini dengan hati yang sangat2 ikhlas dan luhur aku ingin mengucapkan tahniah kepada En.EX yang telah pun mendapat pengganti aku setelah sekian lama memegang title "SINGLE"  alhamdulillah. Kan aku dah cakap kau mesti boleh lupakan aku, cuma kau kena buka hati kau tu untuk terima orang lain lepas itu InShaa ALLAH Ta'ala kau akan lebih bahagia..hope so....

 Memang tak dinafikan sangat2 susah untuk melupakan kau dan menerima kebenaran yang kau dah ada pengganti, tapi ini mungkin yang terbaik untuk kita. Semoga kau bahagia di samping si dia dan semoga engkau memperoleh kebahagiaan yang kau cari selama ni dengan si dia, AMIN...
Aku berharap si dia juga dapat membahagiakan kau lebih dari aku, jaga si dia baik2 ok. Lagi satu, andai dah sama2 suka tu lebih elok kalau kau bertindak dengan usaha untuk menikahinya. Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan2 aku.



tahniah ye semoga korang berdua happy selalu :)


Akhir kata, aku sangat2 berharap kau dapat berubah ke arah yang jauh lebih baik daripada sebelom ni..InShaaALLAH Ta'ala. Jangan pernah kecewakan si dia macam kau kecewakan aku okey :) Aku akan lebih bahagia bila tengok kau bahagia.
Kepada semua yang membaca entri ini marilah kita sama2 mendoakan kebahagiaan mereka berdua moga kekal hingga ke jinjang pelamin hendaknya..AMIN AMIN YA ROBBAL ALAMIN (",)