Tuesday, 26 February 2013

tempat praktikal part 2

Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa, tujuan utama untuk berkongsi cerita. Hari tu aku dah cerita macam mana susahnya aku nak cari tempat praktikal kan. Now, aku masih lagi menunggu feedback yang positif dari company PROTON tu. Punyalah lama den ni menunggu, finally baru tadi petang akak tu call. Dia boleh suruh aku ambil borang yang HQ bagi suruh isi dan t.tangan. Aku terkejut beruk juga time dia cakap macam tu, maklumlah aku sekarang ni kan dekat PD, camno den ni nak ambik??

Belum sempat aku nak cakap suruh dia emailkan je, dia dah cakap dulu..huhhh memahami betul akak ni. heehee..So, senang sikitlah kerja aku, tak payah laa aku keluar duit nak balik JB semata-mata nak ambil borang tu. ALHAMDULILLAH, syukran to ALLAH SWT !!

Hari ni kelas aku sampai ke petang, memang lepak sikitlah kan..nak buat macam mana lagi namanya pun "student". Dah penat2 balik tu memang tak lah aku nak terus mengadap laptop cek email akak tu kan. So, aku rehat2 dulu lepas magrib baru aku mandi. Tengah syok aku mandi, aku dengar fon aku bunyi, mesej masuk. Aku memang tak syak orang lainlah mesti SAYANG aku tu yang mesej. Aku settle kan mandi dulu, keluar je bilik air terus capai fon..laa rupanya akak tu yang mesej tanya dah dapat belum email dia?. Aku balas jela yang aku belum sempat nak tengok lagi, nasib akak tu okey. Dia suroh aku emailkan dekat dia balik esok.

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan olehNYA. Mudah-mudahan selepas aku emailkan borang tu respone yang akan aku dapat nanti positif.. AMIN AMIN YA ROBBAL ALAMIN...

wassalam

No comments:

Post a Comment