Assalamualaikum w.b.t semua (",)Tik tok tik tok bunyi jam menunjukkan pukul 9.40 malam, hati dah menjerit keriangan tidak sabar memanti detik tepat jam 12.00.. Haa tahu kenapa aku ni tak sabar-sabar sangat nak tunggu pukul 12.00 tu, sebabnya.....*jeng jeng jeng..cuak tak cuak tak?hahaa tolong semua buat muka cuak sekejap..
Sebab aku tak sabar nak tunggu tarikh kat kelendar telefon aku berubah jadi 4/2/2013 dan alarm kat telefon aku pun berdering.. OMG, pejam celik pejam celik dah pun nak masuk 8 bulan aku bersama EN.GULA HATI aku..Alhamdulillah Ya ALLAH kerana sampai ke saat dan detik ini ENGKAU masih mengizinkan kami bersama.
Hmm tapi aku tak pasti sama ada si dia ingat ataupun tidak, sebabnya sekarang disaat aku sedang menaip entri ini si dia tengah dingin dengan aku, puncanya sebab aku tulis pasal EX aku dalam blog aku ni.. Yelah kan mungkin memang aku yang salah..Maaf ye sayangku intan payung bucuk bacin ummi <3
Aku berharap sangat2 agar dia ingat lah, sekurang-kurangnya taklah aku excited sorang2 je kan?
TERIMA KASIH sayang sebab sudi sabar dengan kerenah saya sepanjang perkenalan kita ni
TERIMA KASIH juga sebab selalu maafkan & bagi saya peluang setiap kali saya buat silap
TERIMA KASIH yang teramat kerana sudi menyayangi & menerima diri ini apa adanya saya
![]() |
| "CINTA JANGAN ENGKAU PERGI JAUH DARI DIRIKU LAGI" |
Aku ingatkan malam ni aku nak ajak dia pergi makan sama2 tapi disebabkan dia cakap dia ada kerja nak buat so cancel lah niat aku tu nanti. Tak apa lah mungkin esok lusa boleh kan *nak sedapkan hati sendiri je sebenarnya ni
Tapi aku tak kisah sangat sebenarnya sebab semalam pun kita orang dah dinner sesama, dia bawa aku pergi makan steamboot. Sumpah jakun gila aku tima sampai kedai tu *maklumlah 1'st time kot
Aku ingat aku sorang je yang jakun rupanya dia pun sama macam aku 1'st datang tempat macam tu. Ini semua sebab layankan kepala kawan2 dia. Orang dah bawa tu melantak jela kan..heheee
Aiii kenapalah lambat sangat waktu berlalu ni, dah tak sabar-sabar dah ni..hehee
Haa pape pun sebelum aku terlupa, aku nak minta korang sama2 mendoakan kebahagiaan kami berdua semoga makin hari makin happy, supaya kita orang berdua ni tak selalu bertekak macam anjing dangan kucing tu okey...AMIN
terima kasih kepada yang sudi membaca :)


No comments:
Post a Comment