CINTA...Apa itu cinta kawan-kawan???
Mesti ramai diantara kita pernah bercinta, sedang bercinta ataupun sudah putus cinta kan. Cinta bukan sahaja rasa kasih sayang terhadap sesama manusia, bahkan cinta juga terbahagi kepada pelbagai jenis. Antaranya :
- Cinta kepada ALLAH
- Cinta kepada RASUL
- Cinta kepada IBU & AYAH
- Cinta kepada kaum ADAM & HAWA
- Cinta kepada SAHABAT
Walau bagaimanapun, sebagai manusia cinta yg perlu diutamakan sekali adalah "Cinta kepada Allah". Hal ini kerana, cinta kepada Allah bukan sahaja menjanjikan kebahagiaan malah ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan & keberanian yang sangat hebat dalam menghadapi segala ujian Allah di muka bumi ini. Kemudiannya barulah "Cinta kepada Rasul", pada zaman dahulu ketika manusia hidup dlm kegelapan Allah s.w.t mengutuskan pembawa obor yang sangat terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan yang benar. Tahu siapa pembawa obor tersebut? Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w .
Oleh itu kita sebagai umatnya yang beragama islam diwajibkan mempunyai rasa cinta terhadap Rasulullah dan para Nabi.
Hadis yang diriwayatkan oleh "Bukhari dan Muslim" menyebut :
“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)
"cinta sesama manusia", cinta ini tidak akan kekal. Cinta kita sesama manusia ini hanya sementara, percintaan sebelom berkahwin itu adalah palsu walaupun dilimpahi dgn beribu janji manis oleh pasangan kita. Allah tidak pernah melarang hamba-Nya mempunyai rase cinta sesama mereka kerana sesungguhnya itu memang fitrah kita sebagai manusia, namun ia bukan beerti tiada batas pergaulan yang membolehkan kita berbuat sesuka hati. Ia juga haruslah berlandaskan hukum ISLAM, sebagai kaum hawa ni kita perlulah lebih berhati2 dalam pergaulan kerana kaum hawa ini sering ditindas. Kaum adam hanya mempergunakan kita sebagai hamba pemuas nafsu mereka sahaja. Tapi tidak kepada semua lelaki, hanya segelintir yang dimaksudkan. For girls di luar sana "BEWARE" okey =)
wasalam...(",)
No comments:
Post a Comment