Adilkah semua ini bagi insan yang benar-benar menghayati erti SAYANG itu??

Puas aku cuba untuk memahami mengapa hal sedemikian terjadi, namun masih belum kelihatan.
Sana SAYANG sini juga SAYANG.. hati yang mana tidak akan terluka seandainya mereka sedar bahawa hatinya sedang dipermain???
Sedarkah awak,awak dan awak diluar sana akan erti sebenarnya ucapan SAYANG, tidak bukan???
Aku bukan jenis yang suka mengungkap SAYANG tanpa makna sebenarnya, sekali ucapan SAYANG itu terpacul keluar dari mulut ini, itu bererti aku benar-benar SAYANG.
SAYANG yang aku maksudkan bukanlah untuk hari ini,esok atau kelmarin. Tapi ianya adalah untuk selama-lamanya!!
Aku juga tidak pernah menagih kasih dari orang yang tidak pandaai untuk menhargai hati dan diri ini.
Aku pernah merasa berada di puncak cinta teragung yang kononnya hanya ada aku dan dia. Namun semua itu tidak bertahan lama dan tidak seindah mimpi yang dibayangi. Kau pergi tanpa rasa simpati, tanpa sedikit pun menoleh kebelakang. Semakin aku kejar cinta itu,semakin aku rasa diperbodoh.
Jika benar dia pilihan kau, aku pasrah akan kehendakmu. Namun jangan sesekali kau cuba untuk mendapatkan hati ini kembali. Kerna sesungguhnya hati ini sangat-sangat terluka. Aku yakin kau akan lebih bahagia dengan pilihan kau.
Kenangan yang pernah kita coretkan bersama dulu, timbuskan saja ianya sebangai awan mendung semalam dan gantikannya dengan matahari terang yang memancar pada hari ini.
Aku belajar untuk menerima Qada dan Qadar dariNYA, perlahan-lahan aku cuba melupakan. Dan pada saat aku sangat-sangat memerlukan dorongan, Hadirnya dia menjadi teman mendengar,berkongsi cerita, tawa dan duka bersama. Sesungguhnya aku berharap inilah yang terakhir.
Sungguh indah takdir MU ya ALLAH...!!
No comments:
Post a Comment