Saturday, 27 April 2013

tak sangka...


Assalamualaikum...

Pernah dengar tak peribahasa "Habis madu sepah dibuang" ??tipulah kalau tak pernah kan.. Now,macam tu lah yang aku rasa. Dulu aku pernah kenal kau, aku pernah sayang kau, aku pernah hargai kau, dan aku pernah anggap kau sahabat aku walaupun kita tak bersama lagi. Tapi sekarang tidak lagi, aku merasa kau bukan lagi orang yang pernah aku kenal dulu, pernah aku sayang dulu, pernah aku hargai dan hormati dulu, sekarang kau bukan lagi teman, bukan lagi sahabat. Kau hanya "Gunting dalam lipatan" dimata aku sekarang.
 
Aku betul-betul terkilan dengan sikap kau yang cuba memburuk-burukkan aku didepan si dia dengan harapan dapat memusnahkan kebahagiaan aku dan si dia. Mana hilangnya sifat kau yang selalu mendoakan kebahagiaan aku? Ape motif kau buat semua tu sedangkan kau sendiri telah bahagia bersama orang lain. Kenapa dan mengapa??

Sehingga hari ini aku masih tertanya-tanya, cukuplah apa yang pernah kau buat dulu pada aku, tak perlu lagi kau muncul kali ini hanya untuk melihat kejatuhan aku. Kau tak kan berhasil!! percayalah.. Aku bersyukur kerana si dia lebih memihak pada aku berbanding termakan hasutan-hasutan busuk kau tu, Alhamdulillah.

22/4- genap 3 tahun dan sekarang aku benar-benar kenal siapa kau, terima kasih Ya Allah kerana membuka mata hamba-Mu ini dan terima kasih juga KAU hadirkan teman pengganti buat hamba-Mu yg kerdil ini. Aku teramat bersyukur dgn pertemuan kali ini.Mulai saat dan detik kau mengarang pelbagai cerita tentang aku pada si dia, kau bukan lagi siapa-siapa bagi aku, muktamad!! Mohon jgn pernah ganggu hidup aku lagi. FULLSTOP

~when one step I move on, I won't saw the back~

No comments:

Post a Comment